Friday 18 January 2013

Merah jambu

Bismillah walhamdulillah...

Sekuntum...

Beberapa kuntum...


Sejambak...


Hanya untuk yang teristimewa...

Wednesday 11 January 2012

Meja makan kerusi lapan

Mak jah merenung meja makannya. Nak susun pinggan untuk makan malam. Lima tahun yang lalu ruang makan ini hanya ada meja makan kerusi 6. Bila anak-anak membesar set meja makan itu dihadiahkan kepada seorang teman. Mak Jah membeli set yang baru dengan kerusi lapan. Cukup untuk dia dan suami beserta enam orang anak mereka.

Malam ni Mak Jah terasa kesunyian yang amat mendalam. Hidangan untuk 3 orang sahaja. 5 kerusi lagi kosong. Anak-anak dah membesar. Ada yang sambung belajar di universiti, ada di kolej dan di asrama. Yang tinggal hanya anak bongsu yang belajar di sekolah rendah. Dua tahun lagi. Bisik hati kecil Mak Jah. Si bongsu akan ke tingkatan satu dan mungkin memasuki asrama. Masa tu hanya tinggal dua buah kerusi yang digunakan. Kerusi akan penuh bila musim cuti sahaja.

Wajah ibu terbayang di benak fikiran Mak Jah. Ibu kini hidup sendirian setelah pemergian ayah. Dah 13 tahun ibu sendirian di kampung. Dalam kesibukan membesarkan anak-anak dan kesibukan pekerjaan harian kadangkala manusia alpa tentang putaran hidup yang serupa. Membesar, kahwin, membesarkan pula anak-anak....dan kemudian ditinggalkan atau meninggalkan... yang mana dahulu. Hari ini Mak Jah terasa amat merindui ibu. Hari ini juga Mak Jah sedar betapa sunyinya hati ibu yang tinggal sendirian di kampung.  Mak Jah terbayang dirinya bak ibu tua itu yang sentiasa menanti kepulangan anak-anaknya. Amat menyedihkan. Mak Jah bertekad mengajak suaminya pulang ke kampung walaupun sekejap untuk menemani ibu tua itu. Selagi umur masih dipanjangkan biarlah terubat sedikit kesunyiannya. Mak Jah tak mahu membayangkan nasibnya lima tahun dari sekarang.....

Thursday 1 December 2011

Tengkujuh di Kuala Terengganu

Ombak kuat di pamtai Batu Buruk. Beginilah saban tahun keadaan di Pantai Timur terutama bagi kami yang tinggal berhampiran pantai, Deruan angin kencang dan bunyi ombak bukan lagi asing buat kami. Begitu juga banjir kilat yang saban tahun berlaku. Biasalah bagi kami. Tiap kali menjelang November semua barang-barang yang penting di tingkat bawah akan dipindahkan ke tingkat atas bagi persediaan menghadapi banjir. Namun setelah bertahun-tahun mengalaminya kami dah lali. Cuma terasa juga nak berhirah ke tempat yang lebih tinggi. Harap doa kami dimakbulkan Allah.


cengkerang di pantai Batu Buruk

Ombak di musim tengkujuh


Hotel Primula
lampu-lampu berwarna-warni di Pulau Warisan

bot nelayan di Pulau Duyung

jejantas di Pulau Warisan